Perikatan Nasional adalah tawaran baharu kepada rakyat Malaysia. Kita ingin kekal sebagai sebuah gabungan politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi yang akan datang. Kita mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten. Kita ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka dengan penuh prihatin.
YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Pengerusi Perikatan Nasional
PERIKATAN NASIONAL adalah satu kesepakatan politik yang terdiri daripada Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Solidariti
Tanah Airku, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(GERAKAN) dan secara rasminya telah didaftarkan pada 27 Ogos 2020.
Sebagai satu kesatuan politik pelbagai kaum; Perikatan Nasional beriltizam untuk
mendakap paradigma baru dalam perjuangan rakyat dan menyuntik dinamisme
baru kepada politik yang berteraskan nilai. Atas kesedaran ini, kami Perikatan
Nasional bercita-cita untuk memelihara dan mengekalkan Negara Malaysia yang
berdaulat, bersatupadu, makmur dan sejahtera.
Kami akan mempertahankan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah Negara majmuk
yang berbilang kaum, agama, adat resam dan budaya. Masa sama komited untuk
memaju dan membangunkan Negara demi kebajikan rakyat tanpa mengira kaum,
agama, kelas sosial dan wilayah.
Kami akan memelihara keamanan Negara dan melindungi keselamatan rakyat dari
segala bentuk ancaman. Komitmen kami juga adalah untuk mempertahankan
keluhuran Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan selaras dengan peruntukan Fasal 3
Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hak
untuk menggunakan selain bagi tujuan rasmi, mengajar atau belajar apa-apa
Bahasa lain selaras dengan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan, melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum-kaum lain selaras dengan peruntukan Fasal 153
Perlembagaan Persekutuan, menjunjung kedudukan Raja Berpelembagaan selaras
dengan peruntukan Fasal 38 Perlembagaan Persekutuan, melindungi hak
kebebasan asasi di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dan
mempertahankan hak kewarganegaraan di bawah Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan.
Cita - cita kami juga adalah untuk memperkukuhkan amalan prinsip-prinsip
Rukunegara sebagai nilai teras masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke arah
perpaduan dan integrasi nasional yang padu. Usaha ini akan menjadi kenyataan
dengan memperkasa institusi-institusi penting Negara ke arah membina Negara
yang berdaya maju dan berintegriti; serta mendokong prinsip tadbir urus yang baik
(good governance), ketelusan dan memerangi rasuah. Perikatan Nasional juga
menjunjung dan akan mengambil bahagian di dalam proses demokrasi
berperlembagaan dan pilihanraya.
Timbalan Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha Agung
Ketua Penerangan
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung